Buat Duit Dengan Klik

Tuesday 24 January 2012

Apakah yang dimaksudkan hujurat?

Surah Al-Hujurat (Bahasa Arab: سورة الحجرات‎) adalah surah ke-49 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyyah (ialah istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diturunkan di Madinah. Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Sebuah surah Madaniyah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Madinah secara keseluruhan namun dapat juga sebahagian daripadanya diturunkan di Makkah (Makkiyah). atau diturunkan setelah Surah Madaniyah kebanyakannya panjang, dengan ayat yang panjang, dan kebanyakannya terletak di awal al-Quran.), terdiri atas 18 ayat. Dinamakan Al-Hujurat yang bererti Kamar-Kamar diambil dari perkataan Al-Hujurat yang terdapat pada ayat ke-4 surat ini. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di dalam kamar rumahnya bersama isterinya. Memanggil nabi Muhammad SAW dengan cara dan dalam keadaan yang demikian menunjukkan sifat kurang hormat kepada beliau dan mengganggu ketenteraman beliau.



Apakah yang dapat dipetik daripada surah al hujurat tersebut?
  • Larangan mengambil keputusan yang menyimpang dari ketetapan Allah dan rasul-Nya
  • Keharusan meneliti suatu berita yang disampaikan oleh orang yang fasik
  • Kewajiban mengadakan islah antara orang muslim yang bersengketa kerana orang-orang Islam itu adalah bersaudara
  • Kewajiban mengambil tindakan terhadap golongan kaum muslimin yang bertindak menganiaya  golongan kaum muslimin yang lain
  • Larangan mencaci dan menghina
  • Larangan berburuk sangka dan memfitnah
  • Adab sopan santun berbicara dengan Rasulullah SAW
  • Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar satu sama lain kenal-mengenal
  • Setiap manusia sama pada sisi Allah, kelebihan hanya pada orang-orang yang bertakwa
  • Sifat-sifat orang-orang yang benar-benar beriman



No comments:

Post a Comment