Buat Duit Dengan Klik

Saturday 10 March 2012

Fadhilat Dan Kepentingan Salat


40 Hadith Mengenai Fadhilat Dan Kepentingan Salat


Ada banyak hadith-hadith Rasullulah SAW yang memerintahkan agar salat dikerjakan serta ia menerangkan pula fadhilat-fadhilatnya. Dibawah ini diringkaskan beberapa hadith yang diperolehi manfaatnya:
1.     Salat adalah setinggi-tinggi perintah yang diperintahkan oleh Allah swt dan salat pula adalah setinggi-tinggi    perkara yang akan disoal pada hari hisab.
2.     Takutilah Allah dalam perkara salat! Takutilah Allah dalam perkara salat! Takutilah Allah dalam perkara salat!
3.     Salat satu-satunya perkara yang membezakan antara iman dan syirik.
4.     Salat itu menandakan Islam. Salat yang ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan memberati segala rukun-rukunnya yang mustahab pastilah ia seorang mukmin.
5.     Dari segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt. Iman dan salat adalah yang amat ternilai. Andaikata ada yang lebih baik daripada salat maka Allah akan memerintahkannya untuk para Malaikat yang sesetengahnya sentiasa dalam keadaan rukuk dan sesetengahnya sentiasa dalam keadaan sujud.
6.     Salat itu tiang agama.
7.     Salat itu menghina syaitan.
8.     Salat itu Nur bagi orang Mukmin.
9.     Salat itu jihad yang terulung.
10.  Selagi mana Mukmin itu salat Allah swt sentiasa bermurah hati terhadapnya.
11.  Apabila berlaku sesuatu bencana turun dari langit, maka terselamatlah orang-orang yang selalu pergi ke    masjid untuk menunaikan salat berjemaah.
12.  Bahagian-bahagian badan yang menempuhi bumi didalam salat akan menyelamatkannya daripada dibakar oleh api neraka sekiranya dosa-dosa besar seorang muslim itu mencampakkannya ke dalam api neraka.
13.  Api neraka diharamkan keatas bahagian-bahagian badan orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
14.  Dari segala amalan, salat yang dikerjakan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan adalah amat dicintai oleh Allah swt.
15.  Allah swt paling suka perawakan seseorang apabila dia dalam sujud, dahinya mengenai tanah dengan perasaan hina.
16.  Seseorang yang berkeadaan sujud adalah yang paling hampir dengan Allah swt.
17.  Salat itu anak kunci ke syurga.
18.  Apabila seseorang itu berdiri untuk solat, pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir antara dirinya dengan Allah SWT disingkap (asalkan ia tidak merosakkan salatnya dengan melakukan sesuatu yang makruh)
19.  Seseorang yang bersolat ibarat mengetuk pintu rumah Allah dan pintu itu sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.
20.  Kepala pada badan adalah perumpamaan kepada tempatnya salat dalam Islam.
21.  Salat itu Nur hati. Sesiapa yang mahukannya hendaklah ia menyuluh hatinya dengan bersolat.
22.  Wudhuk yang sempurna, salat yang khusyuk dua atau empat rakaat salat fardhu  atau nafil / sunat dan berdoa kehadrat ilahi maka  akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt .
23.  Mana-mana bumi yang diatasnya mengingati Allah SWT merasa bangga dari bumi-bumi yang lain.
24.  Allah SWT menerima doa hambaNya setelah solat 2 rakaat. Allah SWT mengkabuli apa yang dipohonnya kadang-kadang dengan segera atau terlambat sedikit untuk kepentingannya.
25.  Seseorang yang bersolat 2 rakaat tanpa dilihat sesiapa kecuali Allah SWT dan malaikatNya tidak akan disentuh oleh api neraka.
26.  Doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setelah seseorang itu selesai menunaikan solat fardhunya.
27.  Seseorang yang wudhuk dengan sempurna, solat dengan khusyuk dengan tertib rukun-rukunnya akan memperolehi syurga dan diharamkan baginya neraka.
28.  Syaitan takut akan seseorang yang memberati solatnya tetapi sekiranya ia mengabaikanya maka syaitan akan menguasainya dan berharap akan berjaya menyesatinya.
29.  Salat pada awal waktunya adalah amalan yang paling afdhal.
30.  Salat itu persembahan orang-orang saleh.
31.  Salat pada awal waktunya adalah amalan yang disukai oleh Allah SWT
32.  Diwaktu fajar sesetengah orang menuju ke masjid dan sesetengah orang menuju ke pasar. Mereka yang menuju ke masjid adalah pembawa bendera Iman dan mereka yang menuju ke pasar membawa bendera syaitan.
33.  4 rakaat sebelum solat zuhur sama pahalanya dengan 4 rakaat solat tahajjud.
34.  4 rakaat sebelum solat zuhur dikira pahalanya sama dengan 4 rakaat solat Tahajjud.
35.  Allah swt sentiasa mencucuri rahmatNya keatas hambaNya yang bersolat.
36.  Salat sepertiga malam amatlah dihargai tetapi amat sedikit bilangan orang yang mengamalkannya.
37.  Jibrail datang kepada Nabi Muhammad seraya berkata, “Ya Muhammad! Berapa lama pun yang kamu hidup kamu akan mati jua akhirnya pada suatu hari nanti dan kamu mungkin mencintai sesiapa sahaja yang akan kamu berpisah dengannya pada suatu hari nanti. Sesungguhnya kamu akan terima balasan atas apa yang kamu lakukan baik atau jahat. Tidak suak, kebesaran seseorang muslim itu adalah Tahajjudnya dan kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.
38.  Salat 2 rakaat sepertiga malam adalah lebih berharga daripada segala kekayaan di dunia ini. Kalau tidak kerana aku takut ia menyusahkan para umatku, akan kuwajibkannya.
39.  Teruskanlah salat Tahajjud itu kerana ia adalah perjalanan orang-orang saleh dan cara mendekati Allah SWT. Salat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan.
40.  Allah SWT berfirman “Hai anak adam! Janganlah malas mengerjakan 4 rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari itu”

Empat puluh buah hadith yang dipendekkan itu telah diberikan agar ia dapat dihafal dan pahala mengetahui sebilangan hadith-hadith itu dapat dicapai.
Sebenarnya salat itu anugerah terbesar malah ia disedari oleh mereka yang telah mengecapi nikmatnya. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menyebutnya sebagai ‘ penyejuk mataku’ dan baginda menghabiskan sebahagian besar dari malam harinya berdiri menghadap Allah SWT kerana sebab yang serupalah maka Rasulullah SAW yang kita cintai itu pada akhir hayatnya pun memerintahkan kita agar memberati salat.

Sumber Asli FADZILAT SALAT oleh RAISUL MUHADDITSIN ALLAMA MOHAMMAD ZAKARIYYA SYEIKHUL HADITS Mazahir Ulum Saharanpur
http://www.scribd.com/doc/88477579/Buku-Asli-Fadzilat-Solat

5 perkara diperolehi melalui 5 saluran


Menurut Syaqiq Balkhi, seorang syeikh yang masyhur, 5 perkara dapat diperolehi melalui 5 saluran


  1.     Berkat rezeki melalui Isyraq atau dhuha. 
  2.     Cahaya di dalam kubur melalui Tahajjud.
  3.          Kemudahan menjawab soalan Munkar dan Nakir melalui Tadarus Al-Quran
  4.          Mudah melintasi sirat melalui puasa dan sedekah
  5.         Sebuah bilik dibawah naungan Arasy ilahi pada hari hisab melalui zikrullah.
   Sumber Asli FADZILAT SALAT oleh RAISUL MUHADDITSIN ALLAMA MOHAMMAD ZAKARIYYA SYEIKHUL    HADITS Mazahir Ulum Saharanpur